Bukit Bendera
Berada pada ketinggian 830 meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Secara umumnya, ia 5 darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat pemandangan menakjubkan ke bawah dan boleh nampak seluruh pulau. Ia mempunyai taman yang cantik, pondok tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya. Disini menyediakan perkhidmatan keretapi bukit yang membawa penumpang menaiki Bukit Bendera, sungguh seronok jika melawat tempat ini, selain dapat menikmati pemandangan, boleh juga menaiki keretapi yang canggih.
Taman Rama-Rama
Berada di kawasan Teluk Bahang, disini terdapat pelbagai spesis rama-rama dari seluruh dunia, di taman ini tersusun hiasan-hiasan indah dan terdapat pelbagai rama-rama yang cantik. Disini pengunjung dapat menikmati keindahan flora dan fauna sekaligus.
Padang Kota Lama
Disini terdapat banyak kedai-kedai makan menarik yang menawarkan pelbagai makanan terkenal disitu. Antara makanan yang mesti dicuba disini ialah pasembor, laksa penang, mee udang.
Padang Chowrasta
Disinilah syurga jeruk buah-buahan kerana terdapat pelbagai jenis jeruk dijual disini, selain itu terdapat pelbagai jenis barang-barang lain yang dijual disini, seronok untuk membeli belah disini.
Rumah P-Ramlee
Disinilah lagenda filem melayu dilahirkan, disini beliau membesar, jadi kerajaan Pulau Pinang mengambil kesempatan itu untuk membaik pulih semula rumahnya dan dijadikan tempat melawat. Disini terdapat alat-alatan yang lama digunakan semasa P-Ramlee kecil.
Batu Feringghi
Tempat ini terletak sepanjang jalan persisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan hotel juga resort menarik.
Itu sahajalah yang saya ketahui, sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sana, pergilah melawat, selamat melancong!